} DNARS SKINCARE (Wasc Boutique)

Ahad, 23 November 2014

KHAZANAH EMAS DI NUSANTARA....

ANTARA ARTIKEL MANARIK YANG DIJUMPAI.....
��������

Penulis http://militaryofmalaysia.net: 

Ini artikel dari sifu saya dalam bidang ekonomi akhir zaman dan harta karun yang saya gelarkan, “Master Planner”, kang letak nama betul, kantoi pulak. Untuk bulan ini kita fokus kepada alam Melayu, malas nak buat cerita militari, nanti orang gaduh pasal demam politik tidak turun lagi suhunya.

Saya harap para pembaca akan dapat membuka minda, artikel ini membatalkan banyak teori yang berlegar di dalam internet. Ini bukan teori, ini realiti dan ada segelintir rakyat Malaysia (Melayu Islam) yang terbabit dalam membantu negara, bangsa dan agama untuk peperangan sulit melawan Iluminati ini.

1. Ramai dari kita telah menonton malah berkali-kali epic bersiri Indiana Jones oleh George Lucas yang mengisahkan seorang ahli kajipurba bernama Dr. Henry Walton “Indiana” Jones, Jr yang tak ada kerja lain selain memburu harta karun.

2. Orang yahudi seperti George Lucas ini pandai bermain sentimen kerana dengan membuat cerita-cerita berkenaan, ia seolah-olah mengesahkan bahawa harta karun ini adalah milik mereka berdasarkan sejarah Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).

3. Raja-raja Eropah tahu perihal Nusantara ini setelah diberitahu oleh kumpulan rahsia ahli sihir penyembah Iblis mereka kerana gurunya, Dajjal The AntiChrist telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka walhal di kala itu dokumentasi yang boleh dirujuk hanyalah terhad kepada manuskrip mitos Nusantara kuno yang tersimpan di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Elexandria Library), Mesir.

4. Maka dengan itu, berlumbalah kaum penjajah Eropah beserta bala tenteranya ini ke Nusantara dan kita terjajahlah bermula dari kejatuhan Melaka di tahun 1511 kepada bangsa Portugis, kemudiannya Belanda (bermula 1641), kemudian Inggeris (dari 1824) sehingga kekalahannya kepada Jepun (Disember 1941) dan bermulalah pentadbiran ketenteraan Jepun secara rasmi (15 Febuari 1942 hingga 12 September 1945 – kekalahannya dalam WW2).

5. Juga dari hasil kajian dan pemerhatian kepada wahyu Allah SWT dan hadis-hadis Rasullulah SAW, berjayalah kaum penjajah ini menjumpai Negara kita – Negara yang kaya dengan galian ‘EMAS’nya. Sila ikuti entri berkaitan Tanah Ophir di blog ini (AKAN DATANG SHAHPASKAL TULIS)

CERITA BARU EMAS PERANG TANAH MELAYU

6. Harta karun EMAS yang selalunya dirujuk kepada emas fizikal yang telah dimasak dan dibentukkan sama ada kepada barangan siap (cincin, loket, rantai dan seumpamanya) atau separuh siap (jongkong atau bar) tetapi telah terbenam ke dalam bumi untuk kesekian lamanya.

7. Banyak juga mengistilahkan harta karun ini kepada harta alam bunian – tetapi hal ini sukar dibuktikan secara lahiriah.

8. Hampir keseluruhan fenomena harta karun berkait rapat dengan kewujudan elemen ketenteraan atau peperangan sama ada pergaduhan dalam keluarga seperti perebutan takhta, antara puak/kaum, negara atau blok pakatan ketenteraan.

9. Akta Warisan Kebangsaan 2005 hanya menyebut…”harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran,barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara;

10.Malaysia adalah satu dari bumi yang panas dengan konflik perebutan antara pelbagai Negara kerana kekayaannya seperti dinyatakan dalam tanah Ophir nanti dan pastinya banyak timbunan harta karun ini.

11.Terdapat 3 era harta karun ini iaitu era pertama – sebelum Revolusi Perindustrian (sebelum 1750), era kedua – bermulanya Revolusi Perindustrian (1760) sehingga Perang Dunia Pertama (WW1) dan era ketiga – WW2 (1920an – 1845).

EMAS ERA PERTAMA

12.Era pertama, harta karun kebanyakannya barangan siap yang merupai patung-patung atau artifak, syiling dan ketulan-ketulan emas tidak seragam dan kebanyakannya terdampar di dasar laut akibat kapal pengangkutnya karam.

13.Era ini lebih merujuk kepada era emas digunakan hanya sebagai logam konvensional yang berharga untuk dibuat hiasan, barang pemujaan, bahan-sadur kubah stupa dan kuil/tokong dan juga matawang.

ERA EMAS KEDUA

14.Era kedua lebih merupakan ketulan emas yang dijongkongkan dengan tujuan untuk dibawa pulang ke Eropah untuk kegunaan rezab matawang dan industri, di masa ini juga (tahun 1776) , Illuminati dilahirkan oleh Adam Weishaupt di Ingolstadt (Upper Bavaria), Germany iaitu bandar industri yang mana bandarnya terkenal dengan jenama kereta Audi dan jirannya, BMW.

15.Walaupun dunia mengetahui tentang Protocol of Zion dan kerap dinafikan, elok bagi kita mengetahui bahawa Protokol ke-22 jelas mengatakan bahawa kekuasaan mutlak terhadap emas adalah kunci kepada kawalan ekonomi dunia (sILA SEMAK)

16.Bagi Tanah Melayu, emas dan perak (sejarah Negeri Perak…?) serta timah amat-amat diperlukan Inggeris untuk membangunkan negeri asal penjajah – terutama bagi menyahut keperluan industri yang baru meletup dengan bermulanya Revolusi Perindustrian (1760) serta penyusunan dan pembangunan semula bandaraya London untuk menjadi hub perniagaan selepas hampir sepenuhnya diranapkan oleh kebakaran besar pada 1666 (dikenali Great Fire of London).

17.Penjarahan harta Nusantara oleh Inggeris ini mesti dilakukan dengan drastik dan Belanda waktu itu, menyorak Inggeris kerana Great London Fire ini dikatakan lebih kepada hukum karma pembalasan atas kekejaman Inggeris membakar bandar di Belanda (Holmes’s Bonfire) ketika Perang Anglo-Belanda Kedua tetapi dua negara ini berdamai untuk menyaingi Portugis yang akhirnya bersetuju, Belanda menjajah Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu.

18.Berlanjutan di Tanah Melayu, Inggeris berjaya mengambil-alih Tanah Melayu dari Belanda dan Inggeris mula membawa teknologi perlombongan arang batu dan timah secara terowong dan shaf di Selatan Wales ke Tanah Melayu dengan tujuan mengekstrak emas, perak dan timah secara besar-besaran selain lombong terbuka kering dan basah (kapal korek khusus untuk timah).

19.Maka, berjayalah Inggeris menjarah harta kekayaan emas di Tanah Melayu sedangkan Belanda gagal kerana ‘keliatan’ bangsa Melayu, disebabkan Belanda datang dengan misi ekonomi bercampur penyebaran agama mereka tetapi Inggeris tidak menyentuh hal pengembangan agama mereka secara nyata kepada umat Melayu (Islam).

20.Sebahagian emas yang diperolehi dihantar ke England kerana di waktu itu, Bank of England ketandusan emas dan banyak dibiayai oleh bank milik Rothschild, yang juga datuknya anak didik Adam Weishaupt (silalah buat rujukan lanjut…).

21.Oleh kerana penjelajahan dan penjarahan Inggeris ini di Tanah Melayu, kerajaan Inggeris pada dasarnya tidak berkemampuan dan tentunya dibiayai oleh Rothschild kerana prinsipnya mudah, untuk kerja kasar dan berisiko (peperangan, penjajahan dsbnya), biarlah duitnya sahaja yang bekerja.

22.Hujung kurun 19 dan awal 20, banyaklah emas Tanah Melayu ‘lebur’ di tangan Inggeris ini sehinggalah sampai ketikanya, emas ini didagangkan di bursa logam London (1919) yang entitinya dikenali sebagai The London Gold Market Fixing Ltd yang berpejabat di pejabat Rothschild di London dan harganya ditentukan mengikut selera taiko-taiko ini dua kali sehari iaitu pukul 10.30 pagi (jendela pagi) dan 3.00 petang (jendela petang).

23.Di Tanah Melayu pula, penjajah mengeluarkan duit kertas Negeri selat yang bersandarkan perak dan kemudiannya emas, yang mana emas-emas ini adalah emas Tanah Melayu. Jika kalangan kita minat mendalam, mintaklah pakcik Google carikan.. Nak duit asalnya, berkunjunglah ke kedai-kedai duit antik..
24.Pengeluaran emas memuncak di akhir 1900 dan Selangor waktu itu diperintah oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah; 1804 – 6 February 1898.

25.Antara pusat perlombongan emas adalah di Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor (Negeri Bersekutu) dengan emas serdak dan empingan ini dileburkan terus bagi menghasilkan jongkong mentah berhampiran tapak perlombongan menggunakan kawah berdapurkan konkrit.

26.Tempat simpan selalunya terowong bukit yang ditebuk mendatar menghadap matahari naik untuk pencahayaan berkedalaman 50-100 kaki yang ditampal dengan tanah liat dan kemudian dibakar lalu menghasilkan dinding ‘berbata’ serta berpintu yang berpengawal.

27.Ketulan ini disimpan di dalam kotak kayu keras atau logam dan boleh juga dari tempayan, tertakluk di mana dan selama mana ia hendak disimpan.

28.Pengangkutan pula, selalunya ditarik oleh pedati kereta lembu (yang jalannya berselirat dan sesetengahnya masih ada hingga kini) untuk ke pusat pentadbiran di bandar-bandar utama yang ada perhubungan keretapi dan kemudiannya diangkut dengan keretapi ke ibu kota atau pelabuhan.

ERA EMAS KETIGA

29.Era ini adalah era emas perang WW2 dan dirujuk lebih kepada harta karun Jepun.

30.Harta karun Jepun ini, ia sama ada rampasan dari penduduk awam Tanah Melayu, rezab tempatan, simpanan rezab negara-negara jiran utara kita (Siam, Vietnam dan Cambodia) dan juga tinggalan Inggeris yang tidak sempat dibawa keluar.

31.Dikhabarkan secara sulit dan lisan bahawa banyak emas yang dilombong oleh Inggeris dan juga rezab emas disimpan di Tanah Melayu tidak sempat dibawa keluar ketika WW2 dan Inggeris mengambil keputusan menanamnya di sebilangan lokasi yang ditanda rapi.

32. Bagaimanapun, Jepun tidak dapat mengeluarkan emas-emas yang disorok ini kerana tiadanya maklumat disampaikan kepada mereka oleh orang-orang tempatan.

33.Selepas Jepun berundur, Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu dengan harapan dapat memerintah kembali dan cuba memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya gagal lalu Tanah Melayu merdeka.

34. Dikatakan, salah satu sebab utama Malayan Union adalah bagi membolehkan Inggeris mengambil-semula stok-stok emas yang disorok sebelum ketibaan Jepun.

35.Jepun pula, mereka juga seperti Inggeris, bercadang menetap secara kekal di Tanah Melayu demi menguasai kawalan laluan perdagangan Selat Melaka tetapi juga gagal.

36.Kegagalan ini berakhir dengan fenomena yang sama – terpaksa menyorok emas-emasnya di dalam bumi (terowong dan bunker) tetapi melalui cara lebih kejam iaitu dengan korban nyawa – masih terdapat beberapa individu warga emas yang bermaklumat penuh secara ‘hand-on’ akan hal ini yang sepatutnya dirujuk oleh pihak berkuasa, manalah tahu emas-emas ini dapat dikeluarkan..!

37. Secara umumnya,bagi rantau Nusantara, mitos harta karun yang paling terkenal adalah Emas Yamashita dan juga Golden Lily yang berkaitan dengan Black Eagle Fund – bagaimanapun kita tidak membicarakannya di sini. (TOP SECRET)

38.Bawa mitos berkaitan penyimpanan Jepun ini, ia mungkin berbentuk spekulasi atau benar, namun banyak darinya adalah benar dan terbukti.


HMMMMMM..... KAJI LAGI...... KAJI LAGI.....

RAJA - RAJA MELAYU YANG BERDAULAT PEMANGKIN KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN

Copy from :---

http://mrsmmersing.blogspot.com/2013/05/saya-percaya-kebangkitan-akhir-zaman-di.html?m=1

(SEBAGAI RUJUKAN PEMBACAAN SAYA SAHAJA)



Saya percaya Kebangkitan Akhir Zaman di Nusantara oleh orang-orang Melayu dimulakan dgn munculnya seorang Raja Akhr Zaman. Beliau mengubah struktur pemikiran, sosial dan politik orang-orang Melayu utk mjadi bangsa terhebat menentang Barat. Orang Melayu tiada rekod sejarah berubah atau bangkit berjuang secara besar-besaran atas nama kezaliman atau penindasan. Dato' Onn Jaafar disokong dan Melayu bangkit juga atas isu Raja-raja Melayu. Jika atas isu lain orang Melayu tiada sokongan. Buktinya kes Hang Jebat atau Laksamana Bentan. Keputusan PRU 13 juga boleh dijadikan sebagai bukti.

Orang Melayu hanya bangkit berjuang apabila Raja-raja digugat, pembesar-pembesar dihalang kutip cukai atau dihalang melakukan ibadat. Perjuangan besar-besaran menentang kezaliman atau penindasan tiada dlm sejarah Melayu

Bermula dgn seorang Raja..Jepun begitu juga..Bangsa Asia revolusi hanya apabila muncul Raja yg hebat. Ahli politik atau pembesar tak mampu mgubah cuma sikit-sikit. Raja ni kesetiaan dan kasih-sayang kpd tanah air lebih genuine berbanding ahli politik

Orang Melayu tak suka mencuba. Istilah revolusi atau reinanssance dalam apa shj aspek kehidupan tiada dlm kamus sejarah Melayu. Berbeza dengan Eropah & Cina. Melayu hanya berubah secara besar-besaran apabila Raja-rajanya berubah. Contohnya apabila Raja memeluk Islam keseluruhan rakyat akan mengikutinya. Kelebihannya walaupun 500 tahun dijajah Kristian, orang Melayu kekal Islam. Tidak spt di Filipina atau Indonesia

Pada zaman dulu Raja ialah 'wakil tuhan' atau jelmaan tuhan ( ketika agama hindu). Selepas Melaka, raja Melayu adalah Khalifah Allah. Raja-raja kita juga berketrunan Ahlul Bait iaitu yg akan menerajui kebangkitan Akhir Zaman. Itu hebatnya status Raja-raja kita



Walaupun agak lewat, Raja-raja Melayu akan menerajui perubahan nanti. Hadith Nabi bermaksud "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agama pemimpin mereka"..Apabila Monggol dgn ganas menghancurkan empayar islam spt tiada harapan kerana jutaan umat termasuk ulamak di bunuh. Tetapi ulama2 sufi dgn kebolehan masing2 mendakwah raja2 yg ganas itu sehingga mereka menjadi peneraju perubahan iaitu hampir sluruh keturunan mereka memeluk Islam dakwah Islamiyah berkembang hasil usaha mereka juga.

Lihatlah betapa besarnya sokongan apabila YM Sultan Kelantan mencemar duli berpakaian mengikut sunnah, menyertai program pemyembelihan, pemyempurnaan jenazah dan mengimami solat hajat. Berpuluh ribu rakyat jatuh hati dan menyertai bersama-sama. Ini juga berlaku di Johor Darul Takzim. Apabila Tengku Mahkota Johor menerajui persatuan bola sepak. Hampir semua bangsa Johor bangkit dengan penuh bersemangat turun beramai-ramai ke stadium. Hal yg sama apabila Parameswara memeluk Islam apabila Maulana Aziz berdakwah kepada baginda. Hampir seluruh pembesar dan rakyat menyertainya. Masanya akan tiba apabila seorang Raja Akhir Zaman muncul untuk kebangkitan Islam di Timur. SesungguhNya semua Raja Melayu berketurunan suci Ahlul Bait. Sudah termaktub begitu pada Kalam dan kitabNya..Allahuakbar...

PIRAMID NUSANTARA WUJUDKAH???

Piramid di Nusantara.Ahli Kaji Sejarah Malaysia masih tidur lena..

Apabila melihat kepada bukit yang dikaitkan mirip seumpama Piramid. teringat kembali satu gambar dari sebuah Tamadun maya. dimana Piramid Maya ini dijumpai didalam keadaan  dilitupi oleh pokok-pokok dan tanah..

Jadi secara kesimpulannya memang di Nusantara terdapat beratus-ratus Piramid & tamadun yang hebat bermulanya disini..

Jadi andaian bahawa Piramid ini ditenggelami oleh lapisan pokok-pokok & tanah adalah  satu faktor yang boleh dipercayai.

Gambaran lapisan bukit yang yang sudah di rata permukaan.

Gunung dua saudara di Sulut
Sadahurip
Garut


Kenapakah Ahli Kaji sejarah di Malaysia masih tidur & tak mengakaji tentang  fakta ini???

Di Indonesia sudah bermula tentang penerokaan kajian di negara mereka.Mungkin juga mereka masih menggangap ini adalah satu dongengan  ditambah sikap pengkaji sejarah di Malaysia ini yang malas bergerak & berfikir .

Di Malaysia juga terdapat beberapa jenis bukit yang  tampak macam piramid. Kenapa mereka tidak mahu mengkaji?

Sikap kebanyakkan  ahli kaji sejarah di Malaysia ini yang malas adalah antara beberapa punca masyarakat dinegara ini tidak tahu tentang  Tamadun yang hidup di dalam Negara mereka..

Lihat bagaimana ahli pengkaji sejarah Indonesia yang menemui beberapa kesan yang dikaitan adanya peradaban silam : http://atlantissunda.wordpress.com/2011/03/25/piramida-peninggalan-jaman-prasejarah-di-gunung-padang-cianjur/

lihat juga disini : http://kaskus-forum.blogspot.com/2012/04/fakta-situs-gunung-padang.html

Bukankah terdapat juga Piramid yang tenggelam didasar lautan Kepulauan Jepun??

Jika kita melihat didalam peta di kawasan Nusantara. Negara Jepun juga antara negara yang masuk dikawasan nusantara..

Jadi andaian bahawa Lemuria adalah terletak dikawasan Nusantara adalah tepat sama sekali.

Inilah sebenarnya yang penjajah mahu menjejaki saki-baki kaum-kaum hebat yang luput ditelan zaman sama sekali.Sepatutnya Ahli kaji sejarah perlu lebih efektif dan mengesan kesahihan jika terdapat dakwaan  tamadun hebat yang telah pon wujud dalam negara ini semenjak beribu-ribu tahun lagi..

Lihat dokumentari bagaimana pengkaji sejarah  dunia mengkaji tentang fakta & penemuan kota purba yang hilang.


Jika kita teliti, kaum maya seakan-akan mirip menyerupai kaum melayu  dengan keadaan kulitnya yang gelap & hitam manis..

Kaum maya juga amat hebat ciptaan mereka  dalam menentukan jarak  astronomi & mencipta kalender yang tepat. ternyata teknologi ada hari itu lebih   hebat berbanding sekarang ini.

Apa yang lebih menimbulkan persoalan. bagaimana mereka boleh mencipta Piramid yang begitu besar tanpa adanya jentera-jentera seperti keadaan sekarang ini??

Kenapa National Geograpic tidak mengkaji lebih mendalam tentang ini?? kerana mereka tahu, mereka seharusnya menyembunyikan sejarah yang sudah tenggelam dalam memastikan kaum peribumi ini tidak mengenal sama sekali Sejarah mereka. National Geograpic di pelopori oleh Yahudi Israel. Itulah sebab utamanya.

Jadi jika nak tahu terperinci tentang bangsa manakah yang mendirikan Tamadun ini, kajilah perjalanan bangsa dinegara tersebut.Anda akan menemui jawapannya..




P/S :--- KAJIAN UTK DIRI SENDIRI.... MENGENAL DIRI, BANGSA, AGAMA & TANAH AIR........

KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA AKHIR ZAMAN ??


Publish

Daripada: Rahimah bt Abdul Latif

PERKARA: Kebangkitan Islam kali ke 2 akhir zaman

SOALAN: Ustaz, melalui orang dakwah saya sering mendengar tentang kebangkitan islam kali ke 2 di sebelah timur . kebangkitan kali ini di terajui oleh orang melayu dari malaysia katanya. Boleh ustaz kemukakan hujah yang mudah saya fahami tentang perkara ini?

JAWAPAN: Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene­rima takdir yang bakal berlaku.

Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

Rasulullah  bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah . Kini, sesudah lebih 1400 tahun ke­wafatan Nabi penutup , sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal ber­laku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Jadual Tuhan yang Telah Berlaku

Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam

Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuh­nya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah ja­jah­an­nya dan mereka (Rom) selepas itu akan menga­lah­­kan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada se­be­lum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergem­bira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam

Rasulullah  bersabda:

Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uq­dud­­durar fi akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah  bersabda:

Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk me­re­but janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Te­tapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewa­fatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kege­milangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Jadual Tuhan untuk umat Islam akhir zaman

Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:

1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman

Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi  bersabda:

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebe­lum­nya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Ri­wa­yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur

Sabda Rasulullah :

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah , tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah  berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”  (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)

Rasulullah  bersabda

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengu­tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad­did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Ri­wayat Abu Daud)

4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman

i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi  bersabda :

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

ii. Sabda Rasulullah  dalam riwayat yang lain:

Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi  katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia di­penuhi ke­zaliman.”

iii. Sabda Rasulullah  lagi:

Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah : “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”






Rabu, 26 Mac 2014

Bagaimana mengenalpasti Dnars Skincare Tiruan ???

Tiada jawapan untuk soalan itu....
Dinasihatkan supaya anda memilih stokis/ agen sah utk mengelakkan sebarang masalah pada kulit anda dikemudian hari...





STOKIS DNARS SKINCARE MALAYSIA

Kebanjiran Produk tiruan Dnars Skincare....

Utk mengelakkan anda terbeli sebarang produk tiruan.... suka saya ingatkan sekali lagi utk mendapatkan produk dari agen & stokis sah sahaja....senarai fb stokis/ agen sah :-



1. https://www.facebook.com/khairiah.hafiza?fref=ts
ULU TIRAM JOHOR / CHERAS / PUCHONG SELANGOR

2. https://www.facebook.com/zia.naim.7?fref=ts
SKUDAI / JOHOR BHARU

3. https://www.facebook.com/ciklor.melor?fref=ts
SINGAPURA

4. https://www.facebook.com/intan.shafina.507?fref=ts
GELANG PATAH JOHOR

5. https://www.facebook.com/syamsiar.udin
BAYAN LEPAS P.PINANG

6. https://www.facebook.com/norliana.lynn
KUANTAN PAHANG

7. https://www.facebook.com/santa.jelani
KUCHING/ PANDUNGAN

8. https://www.facebook.com/jamaayah.bolhassan?fref=ts
KUCHING

9. https://www.facebook.com/dygnorhasmah.dn?fref=ts
KOTA SAMARAHAN

10. https://www.facebook.com/sitinur.hajar.58?fref=ts
SUNGKAI

11. https://www.facebook.com/aisahhawa.hawa?fref=ts&ref=br_tf
SELAYANG/ BATU CAVES

12. https://www.facebook.com/norliana.johari.3?fref=ts
DAMANSARA/ DAMANSARA DAMAI/ KOTA DAMANSARA

13. https://www.facebook.com/maznumatzin.maznumatzin?fref=ts
BUKIT KUDA KLANG

14. https://www.facebook.com/anydnarsskincare?fref=ts
BUKIT RAJA KLANG/ SETIA ALAM

15. https://www.facebook.com/wanie.asnor?fref=ts
SHAH ALAM

16. https://www.facebook.com/zilawani.mohdzulkifli?fref=ts
KUALA TERENGGANU/ KUALA BERANG

17. https://www.facebook.com/dnars.kl?fref=ts
KUALA LUMPUR/ BANGSAR/ WANGSA MAJU/ KL SENTRAL

18. https://www.facebook.com/suhaila.kadir?fref=ts
KUANTAN


Jumaat, 22 November 2013

MENGAPA ANDA PATUT MEMILIH DNARS SKINCARE???

- KENALI DNARS SKINCARE - 



1- Adakah Produk DNARS SKINCARE ini mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ?

Jawapan: Ya. Produk DNARS SKINCARE ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setiap nombor sirinya telah dicetak di kotak dan bekas DNARS SKINCARE.

2- Adakah Produk DNARS SKINCARE ini Halal? 

Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah 100% halal kerana bahan-bahan dalam DNARS SKINCARE adalah 100% dari alam semula jadi...Tiada campuran bahan lemak haiwan atau seumpama dengannya.

3 - Dimanakah Produk DNARS SKINCARE diperbuat? 

Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah barangan buatan MALAYSIA. Ianya diperbuat di Malaysia. Berasal dari Malaysia (bukan produk yang dibawa masuk ke Malaysia & di rebranding / repacking) 

4 - Adakah produk DNARS SKINCARE ini memberikan kesan pengelupasan apabila menggunakannya?

Jawapan: Produk DNARS SKINCARE amat memberi kepuasan kepada pengguna untuk kelihatan cerah berseri tanpa ada proses pengelupasan yang menyakitkan.Ia juga tidak berlaku kepada semua kerana ia akan berlaku bergantung berapa banyaknya sel kulit mati pada seseorang individu.. 

5 - Adakah wanita hamil boleh menggunakannya? 

Jawapan: Ya boleh kecuali TONER TREATMENT jika kandungan 5 bulan keatas baru bole guna... 

6 - Adakah ianya sesuai digunakan oleh lelaki? 

Jawapan: Produk DNARS SKINCARE sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira usia dan jantina termasuk lelaki...Testimoni lelaki pun kami sudah ada... 

7- Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh kulit saya sekiranya saya ingin bertukar produk kepada produk DNARS SKINCARE ini? 

Jawapan: Ianya bergantung kepada keputusan pengguna sama ada ingin bertukar terus daripada produk lama kepada produk DNARS SKINCARE memandangkan produk DNARS SKINCARE ini tiada proses pengelupasan bergantung kepada individu. 

8- Adakah produk DNARS SKINCARE boleh hilangkan jerawat? 

Jawapan: Ya BOLEH DNARS SKINCARE boleh menghilangkan jerawat & bekas-bekas jerawat. Tetapi, bagi yang mengalami masalah jerawat yang teruk, pakai DNARS SKINCARE secara konsisten untuk kesan yang maksima. Lain-lain punca seperti stress atau period boleh juga menyebabkan jerawat. DNARS SKINCARE dalah produk untuk kecantikan luaran sahaja. Pengguna dinasihatkan mengambil supliment tambahan untuk dalaman.. 

9 - Berapa lamakah kesan yang bakal diperolehi oleh pengguna setelah menggunakan produk DNARS SKINCARE? 

Jawapan: Ianya bergantung kepada setiap jenis kulit dan hormon pengguna. Ada pengguna yang memperolehi kesannya seawal 5-7 hari.Hasil maksimum perawatan biasanya seawal 7 hari dan paling lambat 1 bulan dan bergantung kepada jenis kulit,namun effec cerah dari pemakaian produk DNARS SKINCARE boleh dilihat pada minggu pertama @ kedua pemakaian.Namun Bergantung juga kepada cara penggunaan sama ada konsisten atau tidak. 

10 - Mengapa ada rasa gatal, pedih @ merah masa mula-mula menggunakan produk DNARS SKINCARE ? Adakah ini normal ? 

Jawapan: Rasa gatal pedih @ merah, tidak akan terasa oleh semua pengguna. Pada kebiasaannya rasa gatal akan terasa pada pengguna yang mempunyai kulit yang nipis atau sering bertukar-tukar produk kecantikan. Ini kerana bahan kimia produk yang digunakan terdahulu akan tersimpan di bawah epedermis kulit. Ketika pemakaian DNARS SKINCARE produk akan bertindakbalas dengan bahan kimia tersebut dan inilah yang menyebabkan kegatalan @ merenyam.Ada juga pengguna yang akan mendapati kulit muka akan keluar ruam-ruam halus, namun disaran meneruskan penggunaan produK DNARS SKINCARE In shaa ALLAH akan nampak perubahan. 

11 - Bolehkah saya bermekap jika memakai Foundation? 

Jawapan: Boleh jika mahu Foundation boleh dipakai di bawah lapisan foundation yg anda suka. Ini adalah kerana tekstur foundation tidak tebal dan disapu tipis.kebanyakan testi suka nampak natural beauty.. 

12 - Adakah produk DNARS SKINCARE menggunakan bahan2 kimia yg terlarang ? 

Jawapan: Tidak. DNARS SKINCARE dirumus menggunakan Tumbuhan Terpilih dan sama sekali tidak menggunakan MERCURI atau HYDROQINOIN. 

13 - Adakah perlu penggunaan berterusan? 

Jawapan: Terpulang kepada pengguna. Tetapi disaran untuk terus menggunakan produk DNARS SKINCARE kerana kulit muka kita mungkin akan kembali kepada warna asal dan tanpa penggunaan produk DNARS SKINCARE , besar kemungkinan sel mati akan kembali menempel pada kulit yang akan menyebabkan kulit menjadi kusam serta bermasalah...pokok bunga klu dijaga siram letak baja pasti segar,cantik cuba dibiarkan pasti ia layu dan tidak menarik... 

14 - Bagaimanakah cara untuk mendapatkan produk ini? 

Jawapan: Bakal pembeli disarankan membuat pembelian dengan AGEN / STOKIS Yang Berdaftar...untuk mengelakkan sebarang produk tiruan....

SEKIAN TERIMA KASIH